Sunday, October 10, 2010

Imitation and Originality

Zerakul - Kau terlalu banyak membaca. Aku bimbang karyamu nanti hilang keasliannya.

Ashkandi - Asalkan tercapai maksudku, apa salahnya belajar dari bijak pandai yang sudah terbukti kehebatan mereka.

Zerakul - Cita-citamu terlalu besar untuk kau bergantung kepada dirimu sahaja. Kau juga terlalu sibuk dengan pelbagai urusan, aku fahami itu. Namun janganlah kau menyesal di kemudian hari, tatkala namamu disebut-sebut orang...

Ashkandi - Menjadi 'Manusia Sepanjang Zaman' ternyata bukanlah sesuatu yang mudah. Kalaupun bukan aku, aku mahu sekurang-kurangnya watak dalam karyaku mampu menjadi teladan kepada semua warisan zaman. Biarlah namaku tak disebut orang, asalkan mereka mendapat pengajaran dan harapan yang ingin aku sampaikan, itu sudah cukup berhasil buat diriku.

Zerakul - Ashkandi, aku kenal kau bukan sehari dua. Masakan kau hanya berpuas hati dengan itu. Sudahlah, aku pasti kau sendiri mampu menjadi 'Insan Sepanjang Zaman'.

Ashkandi - Insan Sepanjang Zaman...hmmm...bunyinya lebih menarik berbanding 'Manusia Sepanjang Zaman'...

No comments:

Post a Comment